Laman yang memuatkan pelbagai cerita menarik tentang penglibatan kami dalam xtvt perkhemahan,kem2 remaja, xpdc,dan lain2 lagi. Juga didedahkan segala suka duka kami bersama pelajar,remaja dan belia sepanjang saya dan Team Dekbet bersama Rakan Muda, Prostar Jempol dan xtvt - xtvt Kesukarelaan di sekitar NS.Laman in juga akan dimuatkan dengan gosip2 dan cerita2 TEAM DEKBET. Apapun jangan lupa lawatilah Laman Utama kami di www.anugerahremajaperdana.blogspot.com untuk mengetahui xtvt2 kami okey...
Monday, February 25, 2008
Mana Perginya Team Dekbet?.
Tuesday, January 15, 2008
Team Sukarelawan Junior Rakan Muda
Hari itu, seronok betul saya tengok budak - budak Arp masih sudi datang untuk perjumpaan pertama Arp 2008. Namun yang datang taklah ramai sangat tapi sudah cukup mengetahui bahawa kalangan mereka masih ada yang setia bersama kami. Hairan juga masa datang jam 10 pagi kat kompleks Rakan Muda, tengok - tengok cuma 8 orang jer budak yang datang pakai baju merah. Jarang betul bende ini berlaku.Namun setelah di beritahu bahawa kebanyakan budak lama Arp terpaksa menghadiri meting pangawas dan latihan badminton, maka kami barisan sukarelawan terpaksalah menungu. Kelihatan juga beberapa budak baru nak join ARP yang datang sekali walaupun kami belum lagi membuka sebarang penyertaan ahli baru tahun 2008.Akhirnya jam 11pg barulah kelihatan puteri,nabila,siti,aiman dan chikin datang. Lega rasanya kerana diaorang ini masih lagi sudi bersama kami. Ialah mereka semua sudah tingkatan 3 so ramai yang bercuti untuk menyertai ARP kerana terpaksa menghadiri tuisyen PMR mingguan. Apapun kami mengharapkan anda semua sudilah menyertai kami apabila ada masa terluang ok. Terima kasih pada Kak rosma dan Kakngah kerana sudi cover pada hari itu.
Jangan Lupa lawati blog sensasi Arp " Laman Panas Arp Jempol "
Sunday, January 06, 2008
Macam Serius Jer!
Alhamdullilah dah hampir 10 tahun saya masih lagi di terima di Unit Latihan dan Peperiksaan di Jaba
( Kursus terakhir 2007 bersama Para Pegawai A41 )
Jangan lupa lawati www.anugerahremajaperdana.blogspot.com
Thursday, January 03, 2008
Sukarelawan Rakan Muda 2008
GKAN BEBANAN, ia sudah cukup menunjukkan matlamat yang sama. Kalau di lihat maksud ' Kerja Sukarela ( Voluntary Service ) ialah kegiatan yang dilakukan secara sukarela, yakni dengan rela hati, ikhlas, tanpa paksaan daripada mana - mana pihak,tanpa mengharapkan ganjaran/balasan material, dan memberi manfaat kepada pihak/golongan sasaran. Sebab itu saya katakan bidang ini terlalu luas kerana ia meliputi bentuk dan cara. Namun bagi saya sekiranya ANDA pernah berkhidmat bersama golongan ini, pasti anda akan rasa kelainan kerana berkerja dengan sukarelawan ini amat berbeza dengan orang yang kebanyakan di luar sana. Akhir kata Selamat Tahun Baru 2008. Teruskan usaha anda itu. Sekiranya ada anda memerlukan kami. Hubungilah kami. Insyallah, kami sedia membantu. Monday, December 10, 2007
Akak Z la pulak......
Kak Z. Tahniah!Wah...hujung tahun 2007 ini, rasanya adalah tahun istimewa wat Team Dekbet. Tapi rasanya Tahun 2008 lagi paling istimewa buat rakan - rakan team Dekbet kerana ramai yang akan melangsungkan perkahwinan, kalau betullah ...he ..he..he.. Insyaallah. Mana tidaknya pada 18hb Nov 2007 Kak ros bertunang. Then pada 25hb November 2007 lepas Kak Z , salah seorang penyeri Team Dekbet bertunang la pulak. Hai sedikit demi sedikit rakan - rakan kami beransur2 masuk persatuan lain pula. Apapun saya nak info sikit pasal Kak Z nie...Pssstttt.... Kak Z nie dulukan ( Woi rahsia nie ! ).... Nak tau tak?. Kak Z nie dulu adalah salah seorang peserta PKSN Jempol tahun 2005 kalau tak silap. Masa tu kami buat program pksn Tebing Tinggi Segamat. Dia ni taklah segelamour mana pun.Saya sendiri pun tak perasan sangat dia ni. Tapi tak tau pulak macam mana dia boleh mula berjinak3 mengikut1 semua program kami selepas tu. Masa tu barulah perasan yang namanya Zakiah atau nama short Z. Tapi dari wajahnya yang ayu itu, memang menunjukkan dia ikut segala perkhemahan anjuran kami kerana sememangnya berminat dan suka akan program - program Adventure ini. Rasanya semua ini bermula selepas Persatuan Alumni PKSN Jempol buat xpdc di Hutan De Bana Lui Barat , bermula dari situlah dia dah mula stat join xpdc2, kem2 Prostar dan program - program ARP secara aktif. Lagipun Z memang seorang yang lasak. Apapun Z . Tahniah kerana bertunang juga kau yer. Sori , saya dan ada rakan2 lain tak dapat hadir kerana terlibat dengan program Y2Y di Melaka pada hari langsungnya majlis Pertunangan Z tu yer. Nanti kirim salam pada Abang..... Yer.
Sunday, November 18, 2007
Tahniah Untuk Akak
Thursday, November 15, 2007
Minyak Wangi Egyptian Potion

PSSSTTTTTT....Gosip Panas!!!!!


Monday, September 17, 2007
Abang Aidil Dah Jadi PaPa - Tahniah
Wednesday, August 29, 2007
TAHNIAH ABANG ATAN DAN AKAK INTAN
Ya allah, bangmir terlupa nak masukkan berita yang Akak Intan dan Abang Atan telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 26hb Ogos 2007 di Kompleks Rakan Muda Jempol. Oleh itu bangmir mewakili Pusat Operasi ARPRM Jempol , Team Dekbet dan peserta2 ARPRM Jempol mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada 2 orang sukarelawan ARP ini ,semoga berbahagia. Kebetulan pula bangmir tak dapat menghadirkan diri sebab kerja dan sekaligus kamera pulak dekat abang Fahmi. Jadi bangmir takdapat nak muatkan gambar2 mereka buat sementara waktu ini. So Atan and Intan TAHNIAH dari kami okey. Thursday, August 16, 2007
Jemputan Kahwin Rumah Zamrin PKSN
5 hari lepas, abang yen ( Zamrin ) ada call. Dia mengajak untuk semua rakan2 yang mengenali beliau untuk datang ke rumahnya pada 1hb September 2007 kerana sempena majlis perkahwinan beliau di Palong ( Atun ! kau Palong berapa yer ? ). Rumah dia dekat dengan rumah Atun yang Glamour kat laman web ini. So di jemput hadir yer....
Monday, August 06, 2007
Program PJKN Negeri Sembilan 2007
.
Anybody want's to send the gretting Happy National Day to my country MALAYSIA please send your message to or click / Kliklah http://anugerahremajaperdana.blogspot.com/
Sunday, July 29, 2007
TERIMA KASIH FRIM PASOH 2


Friday, July 20, 2007
Air Oren !
Wednesday, July 18, 2007
Abu Dibelasah Teruk!!!!.
Thursday, July 12, 2007
Orang Melaut Ramainya...
Monday, July 09, 2007
Pertunangan Abang Atan & Kak Intan
.
Boleh Tumpang Ke Kak Ani.
Tuesday, July 03, 2007
BEBANAN!...
Saturday, June 30, 2007
Apalah kerja budak - budak nie....
Friday, June 29, 2007
SIAPA ITU ATUN?
Tuesday, June 12, 2007
Konvensyen dan Kolokium PROSTAR Kebangsaan 2007
Thursday, May 24, 2007
MEREKA KEBANGGAAN ARP JEMPOL
Sunday, April 22, 2007
ORGANISASI ARPRM JEMPOL 2007
( Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jempol )
Pegawai Eksekutif & Kewangan ARP Daerah Jempol:
Cik Rosmawati
( Penggerak Rakan Muda Daerah Jempol )
Penyelaras : En. Amir Zulhairi Bin Mohd Yusof
Pembantu Penyelaras : En. Mohd Fahmi Bin MatiKambali
Ketua Jurulatih Merangkap Ketua Komponen:
En. Mohamad Aidil - Komponen Sukan Dan Rekreasi Luar
En. Hanip Bin Manaf - Komponen Pengembaraan dan Penjelajahan
Puan Fanita - Komponen Khidmat Masyarakat
En. Mohd Fahmi Bin Mati Kambali - Komponen Kemahiran dan Inovasi
Saturday, March 31, 2007
KLIK RAKAN - RAKAN DEKBET

Klik pada Akmil Rizat
http://www.friendster.com/36794303
Klik pada Annyss
http://www.friendster.com/cute1807ann
Klik pada Moja
http://www.friendster.com/user.php?uid=24242331&ref_smile=1
Klik pada Cla
http://www.friendster.com/40894326
Tuesday, November 21, 2006
GENG TEAM DEKBET
Team kami taklah berapa ramai sangat. Maklumlah sapalah yang nak join kalau wat kerja - kerja sukarela dan free jer. Malahan kami terpaksa cari dan keluar duit sendiri kalau nak wat program untuk budak2 sekolah.Penat janganlah cerita. Apapun mereka memang best. Buat kerja sebab mencari Kepuasan Hidup. Bab2 bayaran / Elaun/ Tips dan habuan kami taklah mengharap sangat dan meminta2. So tak hairanlah banyak sekolah yang memanggil kami untuk bantu mereka menguruskan program.Yang penting peserta HEPPY.So kalau ada pihak - pihak yang memerlukan Khidmat kami secara sukarela bolehlah menghubungi kami. Insyaalah kami dah banyak bantu sekolah2, persatuan2 dan kelab dengan FREE jer.
So mari Abangmir kenalkan Team - Team Dekbet sayer nie....
1. Hanip Bin Manap
Seorang jejaka yang hensem gak. Banyak idea. Adakalanya mencurah2 lak ideanya. Pakar dalam menceriakan suasana dengan xtvt2 yang menarik dan berfaedah terutama untuk peserta2 program. Kalau takda bang anip, sure tak best. Berumur bwh 25 tahun. Kenal ngan bangmir semasa program Rekreasi Level 1 kat Taman Negara Pahang 5 tahun lepas. Masa tu dia kecik jer. Apapun bang Anip telah banyak membantu menjayakan program2 Bangmir.
.
.
2. Mus
a Bin Che Mat
Sebenarnya dia nie OK. Tapi disebabkan kebanyakan program dia jadi ' Kem Komandan ' so ramailah yang bonci kat dia. Sekarang dah join Askar. Bangmusa nie satu kg dengan Bang Hanip. Pakaian dia memang kemas. Berani amat2. Maklumlah orang kg jati. Rasanya dia nie ada pakai ilmu kot. Bab hutan, redah hutan , biak locak dan harung longkang dan air bagi kat dio. Selamber jer dia join. Umur 2oan jer. Masih muda lagi.
.
3. Kamarulzaman Bin Daniel - Bangman / Mayo
Dia nie memang kawan ser tang sekolah rendah lagi kat Sek. Rendah Batu Kikir sampailah tingkatan 6 kat Sek. Men. Batu Kikir. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Isteri dia kawan sekolah ser gak. Suraya namanya. Bertugas sebagai Inspektor Kesihatan Daerah Jempol. Dia adalah Penyelaras Kelab PROSTAR Daerah Jempol. So apabila ada program2 kem dan perkhemahan sure dia mesti nak ikut. Walaupun dah kahwin namun isterinya amat memahami hobi beliau. Umur dah 30an. Dia join team kami rasanya baru 4 tahun kot. Sebelum ini ser lupa lak nak bawak dia join team sukarelawan ini.
.
4. No
raini Bte Ismail ( Kak Ani )
Orangnya kecik molek. Dulu kerja kat Kompleks Rakan Muda Jempol sebagai PRM kat PBSD. So banyak menghabiskan dan menguruskan program2 bersangkutan dengan budak2 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol. Tak tau ponek kalau bekerja. Biasanya bila handle program adakalanya sampai tak tau time ' Makan '. Umur rasanya 22 thn kot. Sekarang dah kerja kat sebuah Bank. Emmm.... penghuni tetap ' Jom SMS' kat blog sayer. Kawan kepada Si Atun. Join kami dah lama gak. First join kami masa gi xpdc Dabong 4 tahun lepas rasanya. Seorang pemandu yang paling ' Berhati - Hati ".... ( jangan mare nie )
.
5. Abu Ubaidah ( Abu Hensem )
D
ulu Abu ngan Piloi memang selalu ikut ser wat kem2 motivasi. Masa tu jadi peserta jer. Ialah semenjak tingkatan 2 lagi. Sekarang dah tingkatan 6 Sek. Men. Batu Kikir. Abu memang rajin dan tidak berat tulang. Tapi masih pemalu. Tak berani sangat depan orang ramai. Public speaking memang fail. Tapi itu dulu. Sekarang dah ok. Lebih2 lagi kalau ada awek2 yang kursus dan join kem2 kami. Tinggal sekam-pung ngan bgmir. Bidang rekreasi memang minat dia. Timba pengalaman pun cuma dari kami2 yang otai nie. So wat masa ni kami paksa die ikuti kursus2 KBS.
.
6. Mohamad Azrin ( Piloi )
Piloi ngan Abu memang kawan baik. Kalau ado Abu mesti Ado Piloi. Umur sebaya. Piloi memang minat camping. Sebab minat duk dalam hutan dan main lumpur ,sekarang Piloi dah join Askar.Orangnya memang rajin. Pantang disuruh. Bertuah kami dapat budak dua orang nie. Kami train dari kecik lagi. So sekarang dah minat wat kerja-kerja sukarelawan. Harap lebas grade jadi askar nie...bertambah minatlah dia ngan xtvt2 kesukarelawan nie. Nanti boleh jadi Kem Komandan.
.
7. Mohd Fahmi B. Mati Kambali
Orangnya memang best. Sapa yang mula2 kenal memang akan cop dio nie SOMBONG. Maklumlah fami nie pemalu sikit. Tapi kalau dah masuk sekerat hari program, dia akan cuba merosakkan minda budak2 nie dengan asyik tergelak jer. Seorang yang kelakar dan #$%*&! macam yang lain gak. Apapun dia nie memang rajin dan tak tau penat punya orang. Sepanjang saya kenal dia masa wat program, dia nie taklah kuat makan, tapi badan macam Malek Noor. Sekaran bertugas di Kompleks Rakan Muda Jempol.
.8. Intan Hayura
Kecik orangnya macam ani. Kak intan nie kadang2 jer terlibat dengan program eser. Tapi kalau ada program xpdc sure dia akan cuba ikut. Satu kg dengan Musa dan Hanip. Rasanya seorang yang tak banyak bercakap tapi amat baik dengan budak2 nie. Ada potensi menjadi Facy satu hari nanti.
.
.
9. Mohamad Aidil
Meman
g kelakar. Cakap tak pernah berhenti. Perangai memang sesuailah dengan team dekbet nie yang *%+#$%?. Kalau cakap muka selamber jer. Dia nie kembar tak berdarah dengan Abg Man. Kalau ada fami lagi haru jadinya. Dulu memang tak minat xpdc dan kem2 nie. Jangn haraplah kalau dia nak ikut kami.Tah macam manalah Bang Man akhirnya berjaya dapat merosakkan dia join kami. So seka- rang dah kemaruk lak join program2 remaja dan xpdc. Tulah benda nie kalau dah join boleh jadi gian.Dia kenal bangman pun semenjak kerja dengan kesihatan. Saiz badan sama ngan bang man + Fami.
.
10. Md Yusof B. Shamsudin
Nama gelemer ialah Ucop Renjer. Orangnya hensem sekali dalam team nie. Badan sasa. Kalau dia kenyit mata kat awek sure rebah punya. Senyap sepi orangnya. Sekarang dah masuk wataniah. So bergaya betul kau yer lepas masuk askar. Bab kerja kira okeylah. Suka main ikut2 jer. Mungkin pemalu.
.
.
11. Zakiah
Nama pendek 'Z'. Manis orangnya...ehem2..... dan kecik molek ( Hai semua awek team dekbet nie pendek2 yer) Apapun Orangnya memang rajin. Dia nie anak murid eser semasa program PKSN Jempol tahun 2003. Dulu memang tak kenal sangat. Tapi sekarang dah kenal dah.Z aktif dengan kami selepas program Alumni PKSN Jempol kat Hutan Banat Jeram De Bana Lui Barat. So sekarang banyak wat program kesukarelawan dengan kami. Baguslah Z.... Kalau nak cari suami tu...carilah yang minatnya sama...
.
12. Haliza
Elok dan baik budaknya.Dulu Liza kerja kat Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol sebagai PRM. Sebab itu dapat kenal dia nie tapi sekarang dah kerja kat sebuah company di Pekan Bahau. Dia nie taklah berapa minat sangat bab camping2 nie ( dlm pemerhatian ) tapi mungkin selalu tengok kami masuk hutan keluar hutan pungah budak2 sekolah wat camping , jadi dia pun joinlah kami. First program xpdc dia itot ialah gi Xpdc Berkeretapi ke Gunung Belumut Kluang johor pada bulan mac lepas. Tapi respek gak sebab berjaya jugak dia sampai ke puncak tak macam eser. .
13. Mohd Faizal B. Darus
Sekampung dengan eser. Selalu gak follow bangmir wat program2. Mungkin dah minat kot. Tapi malangnya sampai sekarang belum ada program yang berjaya dia buat. Manjang ada probem jer. Sian tul dia nie. Berkeliber nak jadi peguam. Bab aweksssss.... kena hati2 sikit dengan dia nie. Tapi elok budaknya.... totip.....beriman orangnya..
14. Norsiah
Panggilan Manja ' Induk Siah" . Rasanya bangman yang bagi nama tu kot. Orang paling baru dalam team kami. Tah macam mana dia boleh terjebak dengan kami. Rasanya dia stat join kami masa program ' Perkhemahan dan xplorasi Arprm Jempol ' di Jeram tengkek tahun lepas . Lepas tu Xpdc berkeretapi ke Gunung Belumut. Masa dia join kami tu...sonyap jor... malu konon... tapi lepas tu kena penangan bangman, Aidil dan Fami so diapun sama gak macam kami..
15. Ucop J
Ucop J singkatan daripada Jambu Lapan. Bekerja di Pejabat Kesihatan Daerah Jempol sama squad dengan Bang Man. Sebenarnya dia aktif dengan Prostar Jempol. Akhirnya dia terlibat jugak dengan program2 Team Dekbet.'
16. Puan Fanita atau KakNgah
"Mana kotak kakngah!".... apabila kakngah bersuara...ramai yang akan kecut perut di buatnya. Ada rakan -rakan kami jugak , masih fobia dengan suara kakngah walaupun mereka dah jadi sebahagian Team Dekbet. Kakngah asalnya aktif dengan Kelab PROSTAR Jempol, tapi akhirnya bangmir telah menarik beliau untuk join pulak dengan program2 Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Suara memang garang tapi hatinya bebaikkk sesangat. Bagi orang yang baru mengenali beliau, mungkin rimas dengan kakngah, tapi bila dah kenal, mereka akan cakap, "Eh mana pergi kakngah yer, kakngah tak ikut ker".... Nak tau kenapa kerana dialah DOKTOR team kami. Banyak betul jasa Kakngah dalam team kami. Bila ada budak sakit , kakngahlah peneman mengantikan ibu u all tau.
Hanip SamsuriBekas pelajar Sek. Men. Keb. Seri Jempol. Dia adalah anak murid kami. Seorang yang pendiam tetapi mempunyai semangat yang kuat untuk meneruskan Pingat Gangsa. Atas kegigihan beliau , Hanip telah mendapat Anugerah Rakan Muda Pingat Gangsa pada tahun 2006. Beliau juga selalu memberi khidmat bantuan kepada kami dalam menjayakan program2 ARP. Rajin juga apabila disuruh. Tak perlu banyak cakap apabila berurusan dengan hanip. Insyallah dia sendiri akan tahu apa tugas yang sepatut dilakukan.

Fahmi Wahab. Kami panggil Fahmi Arp. Maklumlah dikalangan sukarelawan , Fahmi ni ada 3 orang termasuk beliau. Orangnya bolehlah dikatakan hensem. Pendiam juga, tapi telah banyak membantu kami menjayakan program2 perkhemahan dan xpdc. Sama juga macam Hanip Arp, beliau juga adalah penerima Pingat Gangsa Arp 2006. Amat berminat dalam program2 lasak. Buat masa ini, tak tau pulak , siapa makwe dia yer....he..he..he...
Naim. Pelajar Sek. Men. Agama Said Mustapa Serting Ulu. Adalah pemegang Pingat Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia tahun 2007. So dengan percapaian sebegini, maka beliau secara automatik dapat menyertai team kami. Lagi pun dia, dah banyak mengikuti saya semenjak tingkatan 2 lagi . Dulu memang tak pernah join program2 begini, tetapi sekarang rasanya dia dah muak dengan program2 rakan muda mahupun Pejabat Belia Dan sukan Jempol.
Muhammad Izat. Pelajar Sek. Men. Keb. Bandar Baru Serting. Beliau memang dah lama berkecimpung bersama ARP . Rasanya semenjak , saya perkenalkan ARP di Jempol lagi. Amat rajin dan senang menghulurkan bantuan. Pada hemat kami beliau memang layak join dengan kami kerana beliau juga telah buktikan pada tahun 2007 menerima Pingat Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia bersama Naim.BARISAN ORANG KUAT PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH JEMPOL
1. En. Mohamad Rosdi Bin Mahmod
( ya kot ) . Dialah Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jempol NS. Best punyer orang. Selalu memberi sokongan dan tunjuk ajar pada team Dekbet nie. Rasanya diapun tak tau Dekbet ni. Dialah yang selalu cari $$$$$ untuk program2 ARP Daerah Jempol ni.Apapun Bosss..... Tks banyak2 sebab selalu libatkan kami dalam program2 PBSD Jempol.
Yang hensem-hensem tu namanya Azli, baju biru namanya Fami,Atan yang besandar manis tu manakala yang senyum sokmo tu namanya Rosma. Azli adalah orang ke 2 kuat di PBSD diikuti PRMnya ialah Rosma dan 2 orang lagi iaitu Fami ( Juruteknik KRMJ ) dan Atan ( Penyelia Asrama). Mereka semua rajin - rajin belaka,Elok, Sopan baik budaknya......




