Tuesday, January 15, 2008

Team Sukarelawan Junior Rakan Muda
























Hari itu, seronok betul saya tengok budak - budak Arp masih sudi datang untuk perjumpaan pertama Arp 2008. Namun yang datang taklah ramai sangat tapi sudah cukup mengetahui bahawa kalangan mereka masih ada yang setia bersama kami. Hairan juga masa datang jam 10 pagi kat kompleks Rakan Muda, tengok - tengok cuma 8 orang jer budak yang datang pakai baju merah. Jarang betul bende ini berlaku.Namun setelah di beritahu bahawa kebanyakan budak lama Arp terpaksa menghadiri meting pangawas dan latihan badminton, maka kami barisan sukarelawan terpaksalah menungu. Kelihatan juga beberapa budak baru nak join ARP yang datang sekali walaupun kami belum lagi membuka sebarang penyertaan ahli baru tahun 2008.Akhirnya jam 11pg barulah kelihatan puteri,nabila,siti,aiman dan chikin datang. Lega rasanya kerana diaorang ini masih lagi sudi bersama kami. Ialah mereka semua sudah tingkatan 3 so ramai yang bercuti untuk menyertai ARP kerana terpaksa menghadiri tuisyen PMR mingguan. Apapun kami mengharapkan anda semua sudilah menyertai kami apabila ada masa terluang ok. Terima kasih pada Kak rosma dan Kakngah kerana sudi cover pada hari itu.

Jangan Lupa lawati blog sensasi Arp " Laman Panas Arp Jempol "

No comments: