Monday, December 10, 2007

Akak Z la pulak......

Kak Z. Tahniah!

Assalammualaikum,
Wah...hujung tahun 2007 ini, rasanya adalah tahun istimewa wat Team Dekbet. Tapi rasanya Tahun 2008 lagi paling istimewa buat rakan - rakan team Dekbet kerana ramai yang akan melangsungkan perkahwinan, kalau betullah ...he ..he..he.. Insyaallah. Mana tidaknya pada 18hb Nov 2007 Kak ros bertunang. Then pada 25hb November 2007 lepas Kak Z , salah seorang penyeri Team Dekbet bertunang la pulak. Hai sedikit demi sedikit rakan - rakan kami beransur2 masuk persatuan lain pula. Apapun saya nak info sikit pasal Kak Z nie...Pssstttt.... Kak Z nie dulukan ( Woi rahsia nie ! ).... Nak tau tak?. Kak Z nie dulu adalah salah seorang peserta PKSN Jempol tahun 2005 kalau tak silap. Masa tu kami buat program pksn Tebing Tinggi Segamat. Dia ni taklah segelamour mana pun.Saya sendiri pun tak perasan sangat dia ni. Tapi tak tau pulak macam mana dia boleh mula berjinak3 mengikut1 semua program kami selepas tu. Masa tu barulah perasan yang namanya Zakiah atau nama short Z. Tapi dari wajahnya yang ayu itu, memang menunjukkan dia ikut segala perkhemahan anjuran kami kerana sememangnya berminat dan suka akan program - program Adventure ini. Rasanya semua ini bermula selepas Persatuan Alumni PKSN Jempol buat xpdc di Hutan De Bana Lui Barat , bermula dari situlah dia dah mula stat join xpdc2, kem2 Prostar dan program - program ARP secara aktif. Lagipun Z memang seorang yang lasak. Apapun Z . Tahniah kerana bertunang juga kau yer. Sori , saya dan ada rakan2 lain tak dapat hadir kerana terlibat dengan program Y2Y di Melaka pada hari langsungnya majlis Pertunangan Z tu yer. Nanti kirim salam pada Abang..... Yer.

Sunday, November 18, 2007

Tahniah Untuk Akak

Mulai sekarang laman web ini di kenali sebagai Catatan Suka Duka kami sebagai sukarelawan. Biasanya saya juga akan masukkan email yang dihantar oleh kawan2 untuk dikongsi bersama pembaca. Tapi hari ini, saya akan mula menulis beberapa catatan yang ringkas buat semua. Nak tau, hari ini tanggal 18hb Nov 07 , terlakarlah buat sejarah seorang rakan kami lagi ( LAGI ) akan bertunang. Nak tau sapa dia.Engkau orang pandai - pandailah teka. Siaper agaknya ya. So selamat bertunang. Semoga cepat - cepat dipertemukan di atas pelamin pula. Oh ya minggu depan jugak seorang lagi mungkin akan....... tapi saya ulas untuk lain edisilah. Mungkin minggu ini Cik....dah sibuk persiapan kot. Tambahan pula dengar citer, kerja di pejabat menimbun - nimbun. Mana tidaknya sudah berapa hari sibuk bersama fahmi,atan,azli,dan warga kerja PBSD mencari peserta bagi 9 buah program untuk bulan Nov dan Dis 07 . Semalam juga seramai 72 orang telah selamat sampai di Melaka bagi menjalani program Y2Y. Untung betul budak2 ARP Jempol ni, cuti sekolah jer program sudah menanti mereka. Apa pun selamat berkursus. Saya masih belum pasti lagi siapakah terlibat dengan program Y2Y, yang pasti Otai2 Dekbet memang tak ramai join. So Kak +%&*@# Selamat Bertunang Bersama Pilihannya.Saya mewakili rakan2 Dekbet mengucapkan Tahniah!!!......

Di sini saya sertakan Video Klip PJKN Jempol 2007


Thursday, November 15, 2007

Minyak Wangi Egyptian Potion

Image Hosted by ImageShack.us
Memang menakjubkan. Hanya setitik sahaja ia boleh kekal harum sepanjang hari. Terdapat 40 jenis minyak wangi pelbagai bauan yang disediakan dalam setiap pek. Setiap pek terdapat 10 Pati Minyak Wangi pelbagai haruman.Harga yang cukup murah mampu dimiliki oleh semua orang. Paling hangat di pasaran. Bebas daripada alkohol dan air. Inspirasi daripada minyak wangi antarabangsa seperti Calvin Klein,Hugo Boss,Jennifer Lopez,Body Shop dan banyak lagi. Pati minyak wangi ini walaupun digunakan sedikit tapi mampu menghasilkan haruman yang mengejutkan dan mempesonakan. Setiap botol mampu mencapai pengunaan sebanyak 80 kali. Tak percaya bukan ?. Dapatkan ia sekarang. Memang paling wangi . Kenapa ? kerana ia adalah Pati Minyak Wangi. Tiada di pasaran biasa.Percayalah ! Tak Rugi Anda Membelinya.

PSSSTTTTTT....Gosip Panas!!!!!

Pssst..........lama betul , wartawan gosip tak menulis gosip2 hangat tentang Team Dekbet. Beberapa hari ini ada beberapa email telah masuk ke dalam folder saya menanyakan " Eh betul ker si Akak#%&* dan Abang %&*$# nak bertunang.Ha!.... nak bertunang... jeng! jeng! jeng! . Ini cerita hangat nie. Diam tak tau tetiba si penghantar email mengatakan mereka berdua akan bertunang.... pelik - pelik.Wahai saudara... bia betul cerita u all nie. Kata email tu lagi... kat sekolah dah heboh citer diaorang ini....Kalau nak di tafsirkan, pertanyaan yang di lempar kan itu macam menjadi tanda tanya la pulak. Mereka akan bertunang tu membawa maksud yang bermacam - macam.Silap hari bulan ada yang bengang nanti.... Ada satu email lagi mengatakan Si Abang $%&*^ akan bertunang dengan orang dekat2... Hai kauorang nie macam2lah... mengalahkan wartawan gosip la pulak. Apapun wartawan gosip akan cuba mencari jawapannya. So ada sapo nak beri komen , silalah klik kat bawah ni.... klik kat "comment". Manalah tau kok ado citor best ker ( hai macam artis la pulak dia orang nie )

Monday, September 17, 2007

Abang Aidil Dah Jadi PaPa - Tahniah

Assalammualaikum

Pada 13hb September 2007, jam 5.15 petang hari pertama umat islam berpuasa , abang aidil kau telah di kurniakan seorang anak lelaki. Alhamdullilah dil. Akhirnya jadi Ayah jugak ya. Bangmir, Team Dekbet, Budak2 ARP Jempol dan semua warga Kompleks Rakan Muda Jempol mengucapkan Tahniah sebab dah jadi PAPA. So sekarang dah bertiga. Raya ini, nmpaknya dah kena beli baju raya anak lah pulak.

Lagu ini ditujukan khas buat Abang Aidil...

Wednesday, August 29, 2007

TAHNIAH ABANG ATAN DAN AKAK INTAN

Ya allah, bangmir terlupa nak masukkan berita yang Akak Intan dan Abang Atan telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 26hb Ogos 2007 di Kompleks Rakan Muda Jempol. Oleh itu bangmir mewakili Pusat Operasi ARPRM Jempol , Team Dekbet dan peserta2 ARPRM Jempol mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada 2 orang sukarelawan ARP ini ,semoga berbahagia. Kebetulan pula bangmir tak dapat menghadirkan diri sebab kerja dan sekaligus kamera pulak dekat abang Fahmi. Jadi bangmir takdapat nak muatkan gambar2 mereka buat sementara waktu ini. So Atan and Intan TAHNIAH dari kami okey.

Thursday, August 16, 2007

Jemputan Kahwin Rumah Zamrin PKSN

Assalammualaikum,
5 hari lepas, abang yen ( Zamrin ) ada call. Dia mengajak untuk semua rakan2 yang mengenali beliau untuk datang ke rumahnya pada 1hb September 2007 kerana sempena majlis perkahwinan beliau di Palong ( Atun ! kau Palong berapa yer ? ). Rumah dia dekat dengan rumah Atun yang Glamour kat laman web ini. So di jemput hadir yer....

Monday, August 06, 2007

Program PJKN Negeri Sembilan 2007

Pssstt..... eser diberitahu En. Mohamad Rosdi ( Peg. Belia Dan Sukan Jempol ) bahawa satu Program PJKN Peringkat N9 akan di buat pada cuti sekolah Ogos ini di MELAKO. So ada sapa2 yang nak g silalah tel PejabatBelia Dan Sukan Jempol cakap dengan Abang Fami atau Atan Tajol. Sure best tu kan....Jempol akan hantar 26 orang tu...So apa lagi jangan tunggu lama2 ...tel copek!!

* Lawatilah lawan web ARP Jempol untuk menghantar ucapan2 Hari Merdeka! .
.
Anybody want's to send the gretting Happy National Day to my country MALAYSIA please send your message to or click / Kliklah http://anugerahremajaperdana.blogspot.com/

Sunday, July 29, 2007

TERIMA KASIH FRIM PASOH 2



En. Ahmad ( Penyelia Stesen FRIM Pasoh 2 ) terima kasih banyak - banyak sebab bagi layanan baik kepada kami di FRIM Pasoh 2 semasa program PRS PROSTAR Daerah Jempol siri 2 pada 27hb hingga 29hb Julai 2007 , lebih - lebih lagi bagi kami gunakan bilik ( dorm) untuk simpan2 barang sebab hujan tempoh hari. Tak lupa juga pada akak Idah ( Isteri Abang Ahmad ) sebab masak sodap - sodap untuk kami. Izat ( anak Abang ) terima kasih sebab banyak bantu kem ini dan sudi jadi guide bagi urusetia. Best tempat tu,sunyi jer.Insyallah ada rezeki kami akan buat program kat situ lagi yer.

Friday, July 20, 2007

Air Oren !

Adakah anda ingin memenangi beberapa hadiah..... Cuba kira berapakah jumlah cawan yang dipegang oleh ,Irma - budak arp dan berapakah jumlah cawan yang telah di isi dengan air oren (emm sodap nyer). Hantarkan jawapan anda melalui ruangan comments dibawah blog ini ok. Jangan lupa lampirkan nama,dan alamat anda. Keputusan pemenang akan dikeluarkan melalui blog ini juga .Ada hadiah disediakan.Cepat sebelum tarikh tutup 30 Julai 2007. Penyertaan ini, terbuka hanya kepada budak - budak ARP sahaja yer.
* Apabila anda membuka ruangan 'comments' untuk menghantar jawapan. Sila tulis jawapan anda selepas itu sila pilih , ' anonymous', bagi memudahkan penghantaran.

Wednesday, July 18, 2007

Abu Dibelasah Teruk!!!!.



Waduh pak...semalam saya terima berita hangat mengatakan jurukamera Dekbet Team si Abu Hensem telah di belasah teruk oleh gengster. So memang teperanjat jugak dan berasa kesian. Tapi apabila bangmir menerima gambar dari telepon bimbit daripada seorang rakan. Mak ai lagi teperanjat besar dan macam tak percaya, rupanya yang membelasah abu tu cuma budak2 kecik. Waduh malunya aku. Mengikut sumber2 yang boleh dipercayai mengatakan, si Abu telah cuba untuk mengurat akak mereka , tetapi apabila adik2 nya perasan yang Abu cuba mengekori dari belakang...ha! apalagi mereka telah menumbuk dan membelasah Abu dengan kejam dan teruk sekali. Difahamkan juga Abu sudah pun menerima 75 jahitan di Hospital BBS, gara2 tindakan beliau itu. Pihak polis pula tidak melayan kes ini kerana mereka tidak percaya langsung cerita daripada Abu Hensem. Bayangkan yang pukul itu budak kecik jer, tapi boleh dapat 75 jahitan.... pihak Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai , ' Kes Budak Kecik Main Tumbuk - Tumbuk jer', dan kes ini telah digugurkan. Buat masa ini, Unit berita Dekbet tidak dapat mengesan Si Abu untuk mengetahui cerita sebenar. ( Padan Muko Kau Bu ...Tu lah Gatal Bona )

Thursday, July 12, 2007

Orang Melaut Ramainya...



Aduh takut betul , bangmir bawa budak semasa Majlis Penjenamaan Semula Rakan Muda pada 29hb Mei 2007 di Bukit Kiara Kuala Lumpur 2 bulan lepas. Bukan apa orang terlalu ramai dan berasak-asak untuk masuk ke kawasan padang macam kat Mokah pulak. Kebetulan kekuatan pengiring cuma ada 4 orang sahaja iaitu bangmir,fami kecik,faizul dan seorang lagi. Bawak budak pulak sampai 2 bas. Kami kekurangan pengiring disebabkan jurulatih2 ARP ramai terlibat dengan PJKN di Kompleks Rakan Muda Jempol pada masa itu. Akibat orang terlalu ramai, apalagi bangmir cuma berani kumpul budak atau tengok persembahan dari luar pagar sahaja. Kebetulan atas bukit kira boleh nampaklah. Budak2 ni tak pulak komplen. Bak kata orang biarlah jauh asalkan selamat. Bukan apa takut apa2 berlaku senang nak cabut...lagipun yang datang tu belia dan beliawanis. Bangmir lak bwk budak alahai kecik2 jer...

Monday, July 09, 2007

Pertunangan Abang Atan & Kak Intan




Semalam hari Ahad 8hb Julai 2007, Team dekbet sekali lagi menempah khabar gembira apabila Kak Intan telah melangsungkan Majlis Pertunangannya bersama Abang Atan ( atau di PJKN dikenali sebagai Tajol ) . Wah ramai betul yang menyertai rombongan Abang Atan ke rumah Kak Intan ya. Rasanya hampir 15 buah kereta termasuk kereta baru Kak Ani...ehem...ehem... Itu baru rombongan hantar ke majlis bertunang belum lagi kahwin.Apapun Kami di Team Dekbet mengucapkan tahniah pada u all berdua.So bila pula Majlis Perkahwinannya pulak. Lupa pula Abangmir nak bertanya pada mereka. Oh ya semalam juga jurukamera Dekbet , Abu Hensem sempat juga mengambil beberapa keping gambar wat kita semua. Sepadan betul mereka ini. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dan jalannya pun sama panjang langkahnya katakan.....
.
(Pessst....Pakcik Kasdan dan anak-anaknya pun datang ke majlis tersebut....)

Boleh Tumpang Ke Kak Ani.

..
Semalam Jurukamera Team Dekbet iaitu Abu Hensem telah dapat mengambil gambar Kak Ani dengan kereta mewahnya....Waduh2 patutlah hari itu dlm web ini c buk pasal kereta sorong. Rupanya Kak Ani dah ada Keta baru. Jenis kereta terpaksalah kami rahsiakan. So kak Ani, pas ini bolehlah raund satu malaysia yer...cayalah kak Ani...bila nak bawa kami jalan2 lak.

Tuesday, July 03, 2007

BEBANAN!...



Bagi siapa yang suka bawa / buat / anjurkan sebarang xtvt yang melibatkan budak sekolah tak kiralah remaja,pelajar,belia dan beliawanis mahupun dah besar panjang, tanggungjawab bawak budak tu amatlah terlalu berat. Hati ini stat jer ibubapa/pihak sekolah lepaskan kepada kita, setiap detik kita akan rasa cemas dan risau atas keselamatan mereka. Bagi rakan2 lain yang just ikut jer,mgkn perasaan bertanggungjawab dan cemas agak kurang kerana sekiranya apa2 berla ku terhadap peserta, yang di cari dulu adalah penyelaras program tersebut bukannya urusetia. Sebab itulah kadang2 kite tengok muka penyelaras manjang tension jer sepanjang program berlangsung. So u all kena fahamlah kenapa bangmir selalu berleter dengan u all mahuun urusetia...he..he...he... jangan mare yer... Namun alhamdullilah sepanjang kami menjalankan program perkhemahan,motivasi,xpdc dan xtvt lasak, syukur kerana semunya kami dapat handdle dengan pertolongan yang maha esa. Sebab itulah bangmir selalu memekak dan berleter kat budak2 nie suruh sembahyang agar kite dapat memohon diberi perlindungan setiap masa.

Saturday, June 30, 2007

Apalah kerja budak - budak nie....









Assalammualaikum dan salam bahagia,

Mulai 1hb Julai 2007, Blog ini akan bangmir muatkan cerita - cerita menarik wat tatapan semua. Apapun kawan - kawan juga boleh menghantar sebarang artikel untuk di mutkan kedalam laman ini. Ini kerana daripada ranking yang diperolehi menunjukkan ramai peminat blog singgah ke laman ini. So di harap anda semua dapat selalu melawat laman ini. Walaubagai manapun blog ini masih di punyai oleh KELAB PROSTAR JEMPOL. Apapun web rasmi PROSTAR JEMPOL adalah di www.kelabprostarjempol.blogspot.com . Jangan tak klik okey.

Friday, June 29, 2007

SIAPA ITU ATUN?



HA! HA ! HA !. SEKARANG KAMI DAHADA GAMBAR AKAK ATUN. NAK TAU MANA SATU, DIA YANG PAKAI BAJU MERAH TUDUNG ITAM. KAK ANI MACAM BIASA SUKA SANGAT PAKAI BAJU GIMAU. DALAM BLOG INI, MEREKALAH PENYERI .YANG PAKAI CERMIN MATA TU KAKNGAH DAN BAJU KUNING IALAH INDUK SIAH...

Tuesday, June 12, 2007

Konvensyen dan Kolokium PROSTAR Kebangsaan 2007

Bagi anda yang terklik pada laman web ini. Ini adalah laman web PROSTAR lama kami. So untuk mengetahui dan melihat gambar Konvensyen PROSTAR Kebangsaan 2007 sila lawatilah laman web kami iaitu www.kelabprostarjempol.blogspot.com See U...

Thursday, May 24, 2007

MEREKA KEBANGGAAN ARP JEMPOL

Nama - nama seperti seperti Fahmi Wahab,Hanip,Faizal Darus,Abu Ubaidah,Siti Azrena,Muzalifa,Asmah, Md Naim , Izat dan Fatehah akan menjadi tatapan sejarah buat ARPRM Jempol. Ini kerana merekalah yang pertama mendapat Pingat Gangsa Anugerah Rakan Muda Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Atas berkat usaha mereka sendiri maka pada 24 Februari 2007, Pingat tersebut telah dapat di pegang di tangan mereka akhirnya. Bangmir dan rakan - rakan Dekbet menumpang gembira diatas kejayaan yang telah u all perolehi itu.Syabas kami semua ucapkan.

Sunday, April 22, 2007

ORGANISASI ARPRM JEMPOL 2007

Penaung : En. Mohamad Rosdi Bin Mahmod
( Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jempol )

Pegawai Eksekutif & Kewangan ARP Daerah Jempol:
Cik Rosmawati
( Penggerak Rakan Muda Daerah Jempol )

Penyelaras : En. Amir Zulhairi Bin Mohd Yusof

Pembantu Penyelaras : En. Mohd Fahmi Bin MatiKambali

Ketua Jurulatih Merangkap Ketua Komponen:

En. Mohamad Aidil - Komponen Sukan Dan Rekreasi Luar
En. Hanip Bin Manaf - Komponen Pengembaraan dan Penjelajahan
Puan Fanita - Komponen Khidmat Masyarakat
En. Mohd Fahmi Bin Mati Kambali - Komponen Kemahiran dan Inovasi

Saturday, March 31, 2007

KLIK RAKAN - RAKAN DEKBET

Ruangan ini untuk anda semua mengenali klik-klik Dekbet yang kebanyakan adalah peserta ARP dan rakan - rakan kami. Bagi anda yang berminat memperkenalkan web / blog / friendster atau apa - apa laman web peribadi anda kedalam ruangan ini untuk tatapan buat semua , bolehlah memberitahu abang amir melalui Email ok. Selamat berkenalan ........

Klik pada Akmil Rizat
http://www.friendster.com/36794303

Klik pada Annyss
http://www.friendster.com/cute1807ann

Klik pada Moja
http://www.friendster.com/user.php?uid=24242331&ref_smile=1

Klik pada Cla
http://www.friendster.com/40894326