Rasanya belum terlambat untuk saya, mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008. Harapan saya dan rakan - rakan Sukarelawan Rakan Muda Daerah Jempol khususnya agar anda semua akan terus berganding bahu bersama kami untuk melakukan kerja - kerja kesukarelawan ini. Harap janganlah berhenti setakat ini sahaja kerana masih ada pihak dan masyarakat yang masih memerlukan tenaga kita ini. Adakalanya kerja sukarelaan kita ini berbeza dan caranya tetapi sekiranya matlamat cuma satu iaitu MENOLONG, MEMBANTU dan MENGU RANGKAN BEBANAN, ia sudah cukup menunjukkan matlamat yang sama. Kalau di lihat maksud ' Kerja Sukarela ( Voluntary Service ) ialah kegiatan yang dilakukan secara sukarela, yakni dengan rela hati, ikhlas, tanpa paksaan daripada mana - mana pihak,tanpa mengharapkan ganjaran/balasan material, dan memberi manfaat kepada pihak/golongan sasaran. Sebab itu saya katakan bidang ini terlalu luas kerana ia meliputi bentuk dan cara. Namun bagi saya sekiranya ANDA pernah berkhidmat bersama golongan ini, pasti anda akan rasa kelainan kerana berkerja dengan sukarelawan ini amat berbeza dengan orang yang kebanyakan di luar sana. Akhir kata Selamat Tahun Baru 2008. Teruskan usaha anda itu. Sekiranya ada anda memerlukan kami. Hubungilah kami. Insyallah, kami sedia membantu.
( Oh ya , saya juga telah menemui web mengenai sukarelawan juga. So u all bolehlah Klik dekat iklan di atas tu. Sudi - sudilah lawati web tersebut.Tapi jangan lupa selalulah singah di rumah sahabat saya iaitu di http://www.anugerahremajaperdana.blogspot.com/ )
No comments:
Post a Comment