Saya rasa, tak pernah pulak saya menceritakan bab kerja sebenar saya dalam apa jua laman web kepunyaan blogspot saya. Tapi mana yang pandai selongkar mungkin dah tahu perkerjaan saya sebenar. Bukan apa ada yang bertanya adakah saya ini bekerja bersama Kementerian Belia dan Sukan atau terlibat mana - mana agensi kebeliaan atau kolej mahupun Maktab Perguruaan... ha..ha..ha.. geli hati la pulak. Bukan taknak cerita pasal bab jenis pekerjaan saya tu,takut kauorang boring nanti. Lagipun takda yang menarik sangat dengan pekerjaan sebenar saya itu. Tapi ramai anak didik saya ( budak - budak rakan muda ) tak percaya kalau saya katakan bahawa saya ini,adakalanya mengajar golongan high level atau status Para Pegawai.Mereka kata saya ini kelakar dan kebudak - budakkan sikit dan takda style untuk mengajar golongan dewasa selain belia atau remaja sekolah .Tak percaya ? Mehlah...sini kalau nak tengok saya ini serius ke tidak. Sampai sekarang saya masih ingat kata - kata sifu saya iaitu En. Mohamad Nizam atau di kenali dengan lebih mesra Paklong yang sekarang menjadi DJ Radio Malaysia Negeri Sembilan. Katanya kalau nak mengajar ini, kita kena tengok sapa yang kita ajar, kalau mengajar budak - budak, maka kita kena jadi budak - budak , kalau mengajar remaja pula maka kenalah hayati perangai remaja itu sendiri, dan kalau boleh ikut perangai diorang semasa proses pengajaran. Apapun Paklong terima kasih banyak - banyak atas tunjuk ajar tersebut. Hingga sekarang saya rasa , saya dah ramai anak murid. Bukan sekadar pelajar sekolah rendah , menengah, remaja , dan belia malahan ada juga anak didik saya terdiri daripada para pegawai - pegawai kerajaan.
Alhamdullilah dah hampir 10 tahun saya masih lagi di terima di Unit Latihan dan Peperiksaan di Jabatan saya untuk mengajar dan menganjurkan kursus - kursus apabila ada pegawai2 baru dilantik ataupun pegawai yang baru di transfer. Bak kata orang " tugas- tugas sampingan ". Tapi yang bestnya pegawai - pegawai jabatan saya sure tak pernah tengok saya mengajar budak - budak sekolah atau remaja ini. Tentu diorang tak percaya tengok saya boleh mengajar pelajar - pelajar sekolah. Bukan apa kebanyakan mereka mengatakan saya ini serius semasa mengajar. he..he..he... goli lak hati den. ( Pssttt...rahsia ). Tapi bagi sayalah , Saya suka mengajar atau menganjurkan program2 Rakan Muda kerana tak SKEMA, takyah pakai Tali Jerut Leher tu dan bila nak bercakap main sedap mulut jer. Lagipun saya ini memang orang jenis outdoor. Berbeza sekali apabila berhadapan dengan golongan dewasa dan high class ini . Kena skema, cakap kena ada gaya dan style mengajar mesti ada.....haaa........Tapi memang best bila cakap bab mengajar ini. Tak kira mengajar budak sekolah , remaja , pelajar mahupun para pegawai kerajaan. Itulah pengalaman namanya. Apapun saya banyak berterima kasih kepada Jabatan tempat saya bekerja sekarang , kerana di sebabkan jenis pekerjaan saya ini yang terlalu banyak cuti, ia telah memberi peluang kepada saya untuk melakukan kerja - kerja sukarelawan bersama Kementerian Belia dan Sukan. Adakalanya saya terasa seperti berkhidmat dengan 2 kementerian la pulak. Kesimpulannya saya seronok buat kedua - dua kerja tersebut walaupun dunianya berbeza tetapi konteks matlamat dan tujuannya masih lagi sama.
( Kursus terakhir 2007 bersama Para Pegawai A41 )
Jangan lupa lawati www.anugerahremajaperdana.blogspot.com
No comments:
Post a Comment