Monday, June 23, 2008

Pacat Di Gunung Datok



" Bang inilah First time saya camping cuma 4 orang jer dalam hutan ". Alamak ngeri pulak cakap budak dua orang ini. Mungkin bagi Abu , Shahrizal ( along ) dan Izat, ia satu pengalaman pertama bermalam dalam hutan yang cuma ada 4 orang jer. Bagi trekker yang hardcore, ia dah macam satu kebiasaan. Malahan kalau gi camping ramai - ramai...buat menyemak jer kata mereka. Bagi aku pengalaman macam ini dah biasa masa zaman baru nak jadi orang. Dulu masa remaja, setakat 2 orang pun dah cukup untuk gi camping dalam hutan. Tapi kalau dah biasa, takpalah. Bukan apa



gian katakan. Budak sekarang dah ramai tak buat macam ini. Dulu tahun - tahun 80 - 90an, ramai trekker berani. Sekarang dah berbeza. Budak - budak lelaki dah manja. Takut nak masuk hutan dan rimas bila citer pasal camping. Baik duduk rumah tengok AF. Respek aku pada trekker - trekker hardcore zaman dulu. Dulu juga pada tahun 90an , aku ada kenal satu team dari Pahang yang suka buat camping kat tempat - tempat mencabar. Bukan setakat mencabar malahan berhantu. Katanya nak adventure . Hilang akal agaknya budak - budak tu. Namanya Nazar Khan Team. Ingat aku namanya. Nak Tahu , Tokong Cina kat tepi jalan Kuala Pilah Tampin pun diaorang pernah park camping. Ada sekali tu, siap ajak gi camping kat sebuah rumah peninggalan lama British kat atas bukit Cameron Highland. Dipercayai berhantu. Sorilah. Aku tak berani. Lagi pun, aku ini bukannya budak Trekker jenis Hardcore. Agaknya mana perginya serpihan team tu ya. Masa dulu - dulu mak abah aku pulak, jangan cakaplah. Memang tak suka aku pergi camping . Bukan apa risau katakan. Diaorang pun hairan, apasal , aku nie suka sangat masuk hutan pergi camping.Baik jadi askar. Pantang jer balik hari jumaat, pasti hilang lepas tu dengan haversack dan khemah. Bukan itu sahaja malahan, abah dengan mak aku, selalu takut - takutkan aku. Katanya mak mimpi tak baiklah malam tadi, Abah kata tempat tu berhantu lah, adakala siap kata tempat tu dah banyak ambik nyawa orang kalau aku camping kat tepi air terjun atau pantai. Tapi sekarang berbeza. Mungkin dah lali kot. Kalau aku cuti panjang dan tak pergi camping, mesti dia akan hairan bercampur pelik dan tanya yang bukan - bukan. Mak pulak kalau aku pergi camping sure dia siapkan bekalan . Siap di masaknya rendang ayam. Kesian orang tua tu. Adakalanya macam - macam dia bekalkan. Habis lauk kat rumah dibungkusnya. Katanya bagi kat kawan - kawan. Jangan kedekut. Kawan - kawan aku pulak memang dah biasa. Mesti diaorang tanya mana rendang Inun Coboi. ha..ha..ha... ( Fahmi lah yang beri nama tu ) . Apapun sekarang dah terlalu dewasa buat aku untuk selalu xpdc atau masuk hutan pergi camping. Kalau tak pergi camping, sure sakit - sakit badan aku. Apapun terima kasih mak dan ayah. Selalu beri nasihat kat aku kalau nak gi camping. Dia mahu aku curahkan segala ilmu dan mendidik anak - anak remaja supaya menjadi insan yang disayangi oleh allah dan katanya kalau buat kerja mendidik remaja tu buatlah dengan rela hati. Masa sembahyang untuk budak - budak ini janganlah diabaikan. So sampai sekarang aku masih buat kerja - kerja sukarelawan buat camping untuk budak - budak sekolah. Adakalanya berhabis duit. Tak tahu kenapa..... pelik...pelik... Rasanya kalau dulu awal 90an dah ada internet , sure aku boleh kongsi pengalaman dan show picture ( masa kecik - kecik berekreasi ) kat u all sepanjang 15 tahun aku terlibat dengan REKREASI. Banyak gambar dalam album. Maklumlah dulu pakai KODAK. Mahal giler. Nak ambik gambar pun berkira. Namun aku bukanlah jenis hardcore.

( Gambar atas tu adalah bukti mak aku bagi bekal. Kira macam beri sokongan kat aku untuk pergi campinglah. Aku pulak dah tak larat nak makan maggi ngan sardin. Dah terlalu kerap sangat. So kalau gi camping sure bawak seplastik sayur dan makanan selain makanan bertin)

Lawati laman web kami http://anugerahremajaperdana.blogspot.com