Friday, May 23, 2008

Hanip Dekbet Kahwin Ngan Akak Z

Lama tak tengok Hanip dalam keadaan Hensem macam tempoh hari. Orang rekreasilah katakan jarang nampak skema. Tapi hari tu, Hanip nampak segak ngan baju kuningnya itu. Kak Z...mak ai.... cun giler. Macam artis..artiss la pulak. Lagipun Z kalau tak solek memang dah cantik dengan wajah semulajadinya itu. Apapun alhamdulilah ramai yang datang. Team Dekbet yang takda cuma Ucop Renjer , Fami wahab dan Hanip Arp. Diaorang mugkin BC kot. Terima kasih juga diucapkan pada Team Dekbet kerana bertungku lumus bersama - sama menjadi orang pangkal untuk hidang makanan pada majlis kenduri hanip tempoh hari ya. Lebih - lebih lagi Abang Haidil yang menjadi kepala kantor kepada budak - budak ARP. Harapan kami Akak Z dan Abang Hanip Berbahagia ke anak cucu dan akhir hayat. Lepas ini , jangan lah pula menghilangkan diri dari sertai program - program kami. Alhamdullilah dengar cerita daripada Abang Amir, Abang hanip dan Akak Z akan sertai Xpdc Cameron Highland Gunung Brincang pada penghujung Mei ini. So kitajumpa di sana ya.


.

Friday, May 02, 2008

Team Dekbet Berkumpul


Sekian lama Team Dekbet tidak berkumpul akhirnya pada Sabtu 26hb April hari tu, Bangman dapat kumpulkan ramai ahli team - team Dekbet. Cuma ada beberapa kerat sahaja yang tak datang sebab ada hal masing - masing. Seronok dapat berkumpul. Macam - macam cerita. Namun di sebabkan kesibukan melayani kerenah peserta, saya tak dapat melayani mereka. Apapun mereka semua memang faham akan tugas - tugas kami. Yang bestnya ada rancangan Bang - Bang Boom lak. Abang Hanif telah bertindak menjadi polis untuk kenakan seorang peserta yang menyambut hari jadi kebetulan pada hari tersebut. Bukan apa peserta- peserta tak kenal siapa Abang Hanip tu. Siap nanggis budak tu di kerjakan oleh abang hanip dan abang ucop J. Apapun kami takda niat nak mengenakan suspek cuma nak buat ia satu memori istimewa buat si suspek. Biar ia menjadi kenangan buat selamanya...he..he..he...jangan mare....

Terima kasih Kak Ani kerana sudi meredah dari Lui ke Bandar Baru Serting hinggalah Pekan Bahau semata - mata mencari Kek Hari Jadi lewat petang tu. Kalau tak kami nak gantikan kek itu dengan nasi goreng jer. Kami bergotong royong menyiapkan majlis itu. Namun team - team dekbet nie masing - masing dah ada komitmen so lepas habis program mereka pun balik. Yang tinggal cuma Musa , Ucop Renjer dan Fahmi B jer. Rugi budak - budak ini tak dapat kenal kawan - kawan kami yang lain tu. Lebih - lebih lagi abang hanip dan abang fami B dengan lebih dekat lagi. Apapun lepas ini tak taulah lagi, boleh ker team - team ini dapat berkumpul, pergi masuk hutan dan wat kerja - kerja giler. Bukan apa rasanya tahun 2008 ini adalah tahun istimewa buat Dekbet Team........ha...ha...ha...