Monday, December 10, 2007

Akak Z la pulak......

Kak Z. Tahniah!

Assalammualaikum,
Wah...hujung tahun 2007 ini, rasanya adalah tahun istimewa wat Team Dekbet. Tapi rasanya Tahun 2008 lagi paling istimewa buat rakan - rakan team Dekbet kerana ramai yang akan melangsungkan perkahwinan, kalau betullah ...he ..he..he.. Insyaallah. Mana tidaknya pada 18hb Nov 2007 Kak ros bertunang. Then pada 25hb November 2007 lepas Kak Z , salah seorang penyeri Team Dekbet bertunang la pulak. Hai sedikit demi sedikit rakan - rakan kami beransur2 masuk persatuan lain pula. Apapun saya nak info sikit pasal Kak Z nie...Pssstttt.... Kak Z nie dulukan ( Woi rahsia nie ! ).... Nak tau tak?. Kak Z nie dulu adalah salah seorang peserta PKSN Jempol tahun 2005 kalau tak silap. Masa tu kami buat program pksn Tebing Tinggi Segamat. Dia ni taklah segelamour mana pun.Saya sendiri pun tak perasan sangat dia ni. Tapi tak tau pulak macam mana dia boleh mula berjinak3 mengikut1 semua program kami selepas tu. Masa tu barulah perasan yang namanya Zakiah atau nama short Z. Tapi dari wajahnya yang ayu itu, memang menunjukkan dia ikut segala perkhemahan anjuran kami kerana sememangnya berminat dan suka akan program - program Adventure ini. Rasanya semua ini bermula selepas Persatuan Alumni PKSN Jempol buat xpdc di Hutan De Bana Lui Barat , bermula dari situlah dia dah mula stat join xpdc2, kem2 Prostar dan program - program ARP secara aktif. Lagipun Z memang seorang yang lasak. Apapun Z . Tahniah kerana bertunang juga kau yer. Sori , saya dan ada rakan2 lain tak dapat hadir kerana terlibat dengan program Y2Y di Melaka pada hari langsungnya majlis Pertunangan Z tu yer. Nanti kirim salam pada Abang..... Yer.